Gerakan Belia 4B Malaysia


GB4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat. Cogankata yang konkrit ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Ia adalah satu badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1965 yang dipimpin oleh Cikgu Mohd. Kassim Shah yang berkhidmat selama 3 tahun (1965-1968). Konsep 4B ini adalah sangat sesuai dengan agenda pertubuhan ini yang menumpukan dalam bidang pertanian pada mula penubuhannya yang terhasil daripada persepakatan ahli jawatan kuasa pengasas pergerakan dan menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib belia luar bandar dalam bidang ini. Motto utama ialah ‘Bergerak’.

Perkataan ‘Gerakan’ diperolehi oleh Mohd Kassim Shah melalui pendekatan kebangkitan perjuangan kemerdekaan di Malaysia dan Indonesia yang menggunakan slogan ‘Gerakan’. Manakala ‘4B’ pula terhasil dari konsep ‘4H’ yang di ilhamkan oleh Abdullah Malim Baginda. Konsep 4H yang di gunakan di Amerika Syarikat juga diguna pakai oleh Gerakan Belia Thailand. Idea ini juga tercetus hasil lawatan sambil belajar Mohd. Kassim Shah bersama-sama rakan belia yang lain ke Thailand. 

Pada ketika itu, Cikgu Mohd. Kassim merupakan Pengerusi Kesatuan Ikatan Seni Budi Kuala 
Lumpur. Seramai 29 orang turut mengikuti rombongan sambil belajar ke Chiang Mai, Thailand pada tahun 1965. rombingan ini adalah terdiri daripada pengerusi dan setiausaha pelbagai perrtubuhan belia. Lawatan ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS).

 

SEJARAH PENUBUHAN 4B
Cetusan idea dan ilham saudara Mohd. Kassim Shah, seorang guru di Sekolah Lelaki Methodist, 
Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, selaku Pengerusi Ikatan Seni Budi yang bergabung dengan Persidangan Tetap Belia Daerah (PTBD) Kuala Lumpur. Pada 1964 PTBD merangkumi sebanyak 21 buah persatuan adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saudara Mohd Kassim Shah merupakan pemimpin yang berminat dalam hal ehwal kemasyarakatan, kebajikan dan politik tanahair, di mana beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak, Kuala Lumpur.

Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak 
terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara. PTBD diwujudkan oleh kerajaan di setiap daerah seluruh negara di mana strukturnya tertumpu dalam satu-satu daerah dengan tujuan kesemua persatuan belia menyertai PTBD di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat sumbangan dan bantuan dari JKM untuk aktivitinya. Ketika itu, pertubuhan belia Malaysia Association of Youth Council (MAYC) berperanan peringkat kebangsaan dan PTBD pula berperanan pada peringkat daerah sahaja.

Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan beribu pejabat di no. 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ketika itu Allahyarham Dato’ Engku Mohsin Abdul Kadir merupakan Menteri Muda KBS.

Sebelum 4B, MAYC ditubuhkan untuk kepentingan penjajah agar pemimpin-pemimpin belia tidak terlibat dalam politik di mana ketika itu pemuda UMNO bersemangat memerdekakan negara. Setelah tampuk pimpinan MAYC diambilalih oleh YM Tengku Abdullah iaitu adik kepada Yang diPertuan Agong Pertama, tidak ada badan belia kebangsaan, hanya MAYC bergerak bersama gabungan belia-belia telah mendapat berbagai-nbagai faedah daripada kerajaan sebagai bukan parti siasah.


TUJUAN DAN MATLAMAT
Tujuan kewujudan MAYC adalah sebagai badan gabungan seluruh belia yang ada di seluruh negara, seperti penjelasan dari Encik Abdullah Malim Baginda bekas Penolong Pengarah Belia di KBS, kurang mendapat sambutan dari belia-belia. Lagipun, MAYC tidak mampu menarik belia-belia untuk menyertainya. Pada Ogos 1964, KBS telah diwujudkan dan pada November 1965, KBS telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Chengmai, Bangkok, Thailand bertujuan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin belia negara ini meluaskan pengetahuan dari luar negara. Seramai 29 perwakilan dari persatuan belia dari seluruh negara termasuk juga dari PTBD Kuala Lumpur yang diwakili oleh saudara Mohd Kassim Shah, saudara Ghazali Salleh dan saudara Bala Velusamy.

Program 11 hari tersebut, perwakilan dibawa melawat dan meninjau kegiatan-kegiatan pemimpin 4H Thailand di mana dari situ timbul satu kesedaran supaya pemimpin Malaysia memulakan satu aktiviti yang sama di tanah air sendiri. Cadangan ini dimaklumkan pada KBS untuk mencontohi usaha pemimpin di Thailand agar pemimpim belia di luar bandar dapat melaksanakannya.

Tahun 1965 berlaku satu peralihan pada semua persatuan dan pertubuhan belian di seluruh negara diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan. Pada 26 Disember 1965, satu pertemuan diadakan dengan YB Engku Mhsein Abdul Kadir, Menteri Muda KBS di ibu pejabatnya, diketuai oleh Saudara Mohd. Kassim Shah, Allahyarham saudara Baharuddin Hussein, saudara Ali bin Abdul Rahman, saudara Mohd Zain bin Rashid, saudara Mohd Nor bin Haji Yusof, saudara Bala Velusamy dan turut hadir encik Abdullah Malim Baginda, pegawai KBS.

Di pertemuan tersebut, YB Menteri Muda bersetuju agar belia-belia terutamanya di luar bandar menjayakan aktiviti dalam bidang pertanian, ternakan dan sebagainya bagi mengelakkan belia-belia berhijrah ke Bandar dan tidak menumpukan kegiatan kebudayaan semata-mata sahaja. Sokongan penuh dan dorongan YB Menteri Muda KBS di mana satu perubahan perlu ditekankan terhadap belia di negara ini supaya dapat ditonjolkan bagi menceburi aktiviti-aktiviti yang mendatangkan hasil dan faedah untuk masa hadapan mereka. 

Terutamanya, bidang pertanian ,perternakan, perniagaan dan lain-lain di mana penglibatan belia dapat membantu kerajaan dalam pembangunan luar bandar. Belia-belia yang menganggotai PTBD diberi tugas dan tanggungjawab untuk memainkan peranan bagi menukar mentaliti dan cara hidup para belia supaya menjadi lebih kreatif dan berani menghadapi cabaran pada masa akan datang.


SEKRETARIAT KEBANGSAAN
Sekretariat Kebangsaan bernaung di bawah Yang Dipertua Jawatankuasa Gerakan Belia 4B diamanahkan dalam merealisasikan hasrat murni Belia dan bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian maklumat, hebahan, mengemaskini laman sesawang dan juga penghasilan majalah semasa. 

Misi utama Belia 4B adalah Menyatu, menyusun  dan mengembeling tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan Negara dan untuk menegakkan masyarakat yang adil, Memberi pendidikan rohani dan jasmani ,Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepentingan 4B, Ugama, Bangsa dan Negara. Menegakkan dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan, Memaju dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur, Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulen yang berdasarkan rasa tanggungjawab dan keihklasan.

Menggalakan ahli-ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasakan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.Berusaha untuk memelihara, memperkembangkan dan mempertahankan keutuhan Bahasa Melayu dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. Bekerjasama dengan Kerajaan dan Pertubuhan sukarela yang sehaluan dengan kehendak-kehendak, tujuan dan perjuangan 4B. Memajukan sokongan kepada Kerajaan dan kepada badan-badan lain yang sesuai. Berusaha mempertahankan, menegak dan memperkembangkan agama Islam, agama rasmi negara.
Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM)


Pertubuhan Amal Pendidikan dan Pembangunan Insan Malaysia (PERAPIM) adalah sebuah badan NGO (badan bukan kerajaan) peringkat Kebangsaan mengikut akta pertubuhan 1966 peraturan-peraturan pertubuhan 1984 (peraturan 5) dengan nombor sijil pendaftaran PPM-020-10-08072015. Pertubuhan ini telah diluluskan pendaftaran secara rasminya pada 8 Julai 2015.Cogan kata “Transformasi Insan Pemangkin Kecemerlangan. PERAPIM ditubuhkan dengan matlamat menjadi“ rakan masyarakat” dalam membantu negara mencapai aspirasi negara khususnya melalui bidang pendidikan dan pembangunan insan.Logo PERAPIM secara rasminya lebih bercirikan nilai kemelayuan sebagai “trademark” bersesuaian dengan nilai dan norma masyarakat kita di Malaysia ini. Gambaran kedua tangan yang terbuka membawa pengertian melindungi, memelihara, menjaga serta menaungi ahli masyarakat tanpa mengira bangsa dan pembangunan insan yang rapi dan terancang. 

Gambaran bumi atau glob yang berada ditengah-tengah antara kedua-dua tangan bermaksud kehidupan manusia sejagat sama- sama berperanan dan bertanggungjawab bagi memastikan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan kehidupan manusia dengan berteraskan pendidikan dan pembangunan kemanusiaan. 

Seterusnya, gambaran kedua orang yang berpimpinan tangan melambangkan sikap prihatin, bertanggungjawab, bersatu hati serta sikap rakyat saling bantu membantu dalam hidup bermasyarakat.Selain itu, lambang keris yang bersilang melambangkan sebuah negara yang berdaulat serta semangat dan jati diri yang kuat dan kukuh dalam setiap jiiwa rakyat dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara. Manakala, cogankata “Transformasi Insan Pemangkin Kecemerlangan” bermaksud kepentingan nilai ilmu dan jati diri dari segenap jiwa rakyat dan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam menuju arus perubahan zaman di samping mengekalkan nilai murni dengan iltizam yang teguh bagi memacu pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.  

Bersesuaian dengan nama pertubuhannnya; PERAPIM berdiri dalam masyarakat untuk menyampaikan wadah dalam bentuk pendidikan dan membangunkan jiwa masyarakat. PERAPIM yakin dan percaya dengan penubuhannya, pertubuhan ini mampu mendekatkan diri dalam masyarakat dan menjadi pendamping kepada ahli masyarakat dalam pembentukan unsur yang cukup halus dan unik iaitu pendidikan. Melalui pendidikan dan pembentukan jati diri masyarakat merupakan satu agenda utama dalam membentuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat

Walaupun usia penubuhannya masih baru, namun PERAPIM yakin dan mampu untuk berdiri dan menjadi pendamping kepada masyarakat. Bersesuaian dengan namanya; PERAPIM ini ditubuhkan bertujuan membentuk pelbagai lapisan masyarakat tidak kira dari segi agama dan bangsa dari segi pembentukan sahsiah dan jati diri.


Bersandarkan kepada kecintaannya kepada masyarakat. PERAPIM ini diasaskan oleh En. Sabri b. Mat Dilu yang banyak berpengalaman dalam bidang kemasyarakatan. Berlatar belakangkan sebagai seorang motivator di dalam syarikat motivasi miliknya iaitu Iltizam Gemilang Sdn. Bhd, I Smart Insan Resources dan Global Excellent Ventures. Justeru, bidang pembangunan insan dan pendidikan sudah sinonim dengan jiwanya. 

Pengalamannya pernah menganjurkan lebih 360 siri ceramah dan program motivasi baik untuk golongan murid sekolah rendah dan menengah,pelajar IPTA, IPTS dan Kolej- Kolej Swasta, sehinggalah menganjurkan dan mengendalikan program ke peringkat pekerja- pekerja di sektor kerajaan mahupun swasta. 

Jiwanya yang begitu sebati sebagai aktivis dalam masyarakat telah berkecimpung dalam bidang kemasyarakatan ini semenjak dari era 80-an lagi sehingga kini  Maka dengan itu, En. Sabri b. Mat Dilu mengorak langkah setapak lagi ke depan dengan menubuhkan pertubuhan bagi memantapkan lagi matlamat dan perjuangannya selama ini sebagai “pendidik” dan “pendamping” dalam masyarakat. Hasratnya yang cukup murni akan terus dilaksanakan dengan penubuhan PERAPIM ini.

Matlamat penubuhan PERAPIM sebagaimana yang telah termaktub dalam pendaftaran pertubuhan (mengikut fasal 3: tujuan/ matlamat) adalah bertujuan menjadikan sebuah pertubuhan yang dapat memberikan khidmat dalam bentuk pendidikan dan pembangunan insane dan sumbangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum sesuai dengan nama pertubuhan. 


Melaksanakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan dan pembangunan insane dan program yang berfaedah serta memberikan manfaat selaras dengan aspirasi dan kehendak kerajaan mengikut undang- undang dan perlembagaan yang termaktub demi pembangunan, keharmonian kesejahteraan khususnya bagi seluruh rakyat Malaysia. 

Memberikan khidmat bakti kepada golongan pelajar dari semua peringkat sehingga ke peringkat university dalam bentuk pembangunan insan seperti khidmat kaunseling, motivasi dan jati diri.Untuk perancangan jangka panjang mewujudkan penempatan atau kompleks yang berbentuk kebajikan seperti pembangunan rumah anak- anak yatim, sekolah tahfiz dan lain- lain selaras dengan piagam dan undang- undang serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Melaksanakan kerja- kerja amal dan program yang bersesuaian mengikut keadaan semasa seperti program kembaraan kenderaan bermotor serta aturcara yang memberikan faedah dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum, bermatlamatkan kehidupan sejahtera dan harmoni. Memberikan khidmat bakti atau sumbangan bakti dalam apa jua keadaan dan pada bila- bila masa bagi membantu sekiranya diperlukan dalam situasi yang agak kritikal, contohnya sekiranya terjadi perkara- perkara yang berkaitan kes bencana alam, malapetaka dan sebagainya 


Selain itu, gabungan yang mantap dari semua AJK Pelaksana telah memantapkan lagi penubuhan PERAPIM ini. Perancangan yang sistematik dan teratur  telah di susun atur dalam merancang pelbagai program yang berbentuk pendidikan dan pembangunan insan untuk setiap lapisan masyarakat. PERAPIM telah menyusun atur pelbagai program yang berkait rapat dengan masyarakat yang menjurus kepada pendidikan dan pembangunan insan. Antara program yang bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini; PERAPIM bakal menganjurkan program seminar sehari secara bersiri iaitu “Remaja Kembali Sujud”. Program ini lebih menekankan pembangunan jiwa dan mlelahirkan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Dalam perancangan jangka panjangnya, PERAPIM berhasrat dan bercita- cita untuk membentuk sebuah kompleks Sekolah Tahfiz yang lengkap dengan kemudahan insfrastruktur yang canggih dan selesa kepada penghuninya. Selain itu, sekolah tahfiz yang bakal diwujudkan ini bakal membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajarannya. 

Kompleks sekolah tahfiz ini juga bakal membimbing para pelajarnya dalam bidang pembangunan ekonomi dan kemahiran khususnya bidang perniagaan dengan memberi ruang- ruang kiosk bagi pelajarnya menjana pendapatannya sendiri. Diharap dengan cita- cita dan iltizam yang dibina ini, PERAPIM mampu membantu membangun dan membentuk sahsiah dan jati diri masyarakat; bersesuaian dengan matlamat penubuhannya.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)


Kepimpinan Presiden PESAKA telah beralih kepada YAB Dato´ Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, semasa Sidang Agung PESAKA pada tahun 2009. Beliau mempunyai misi dan visi yang jelas. Beliau berusaha mendirikan sebuah Kompleks Silat bernama GERBANG PERSILATAN SEDUNIA di Perkampungan Hang Tuah seluas 20 ekar di Sungai Duyong, Mukim Duyong, Melaka. Tempat tersebut, mempunyai lima buah gelanggang kecil iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Gelanggang utama mampu menampung seramai 3,000 orang pesilat dalam satu masa.\

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) telah ditubuhkan pada 24hb. September 1983, dalam usaha mewujudkan satu organisasi Persilatan di Malaysia pada ketika itu terdapat 4 pertubuhan Peringkat Malaysia iaitu Seni Silat Lincah Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Seni Gayung Fatani Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia beserta 16 buah PESAKA Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah, Labuan dan Putrajaya) yang bergabung. Kini dianggarkan seramai 4 juta ahli-ahli silat di seluruh Malaysia.

SILAT SENI BUDAYA & WARISAN
Silat Seni Budaya dan Warisan bermaksud silat yang wujud, diwarisi dan dikembangkan dengan
kepelbagaian keaslian gerak, teknik dan unsur-unsur mengikut aliran perguruan masing-masing.

SILAT OLAHRAGA
Silat Olahraga bermaksud silat yang diolah untuk dijadikan sebagai sukan dan dipertandingkan. Sukan Silat Olahraga mempunyai system dan silibus mengikut kaedah-kaedah dan peraturan tertentu yang telah ditetap dan diseragamkan bagi tujuan pertandingan. Sukan ini juga diwujudkan bagi memenuhi kriteria dan konsep kesukanan agar penyertaannya lebih menyeluruh tanpa mengira ras, jantina, bangsa, agama dan Negara.


FALSAFAH YANG DI BAWA DALAM BENTUK ORGANISASI SILAT.
• Membentuk individu yang berdisplin.
• Membentuk individu yang taat kepada ketua dan organisasi.
• Membentuk individu yang sabar tetapi gigih serta budi perketi yang berteraskan budaya bangsa.
• Membina rasa tanggung jawab.
• Memperkukuhkan persaudaraan.
• Mempertahankan kebenaran.
• Menjadi senjata yang berkesan untuk mempertahankan diri.
• Membentuk semangat jati diri menjaga maruah negara.

USAHA PENUBUHAN MAJLIS SENI SILAT MALAYSIA
Pada 6hb, Februari 1978, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia (KKBS) telah mengadakan satu pertemuan antara empat pertubuhan silat iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Lincah Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertujuan untuk menyusun usaha ke arah menubuhkan organisasi silat di Malaysia yang dinamakan Majlis Seni Silat Malaysia.

Majlis membuat keputusan menerima dasar bagi menentukan konsep dan struktur organisasi silat yang boleh menerima faedah kepada silat, rakyat dan negara. Mesyuarat menerima konsep mewujudkan organisasi silat di peringkat negeri-negeri yang disediakan oleh Bahagian Kebudayaan KKBSM. Dalam kertas kerja KKBSM bertajuk “Seni Silat Ke Arah Menubuhkan Majlis Seni Silat Malaysia Dan Persatuan Seni Silat Negeri” yang mewakili persatuan-persatuan silat peringkat negeri menyebutkan bahawa,

Mengikut data pada tahun 1975 (KKBS), jenis dan kumpulan silat dalam tiap-tiap negeri di Malaysia lebih kurang 464 kumpulan silat yang merangkumi 265 jenis dan dianggarkan lebih daripada 100,000 orang ahli terdapat di ceruk rantau negara ini. Sehingga 1977 tiada satu perancangan khas bagi pergerakan aktiviti silat dalam di setiap negeri tersebut, melainkan atas usaha persatuan atau pertubuhan silat sendiri. Pendirian KKBS ketika itu mengiktiraf semua jenis silat tanpa mengira jenis dan sifatnya serta menyokong segala kegiatan persatuan-persatuan silat selagi memberi manfaat kepada masyarakat, tidak bertentangan dengan dasar dan undang-undang.

Bagi memudahkan pentadbiran dan pengurusan silat satu definisi silat disyorkan dalam kertas kerja itu iaitu mana-mana silat, gayung atau seni bela diri orang Melayu yang mempunyai sifat-sifat fizikal ke arah pembangunan otot yang terdiri dari gerak dan langkah yang memberi tujuan kepantasan, kekuatan kemahiran koordinasi gerak maksud mempertahankan diri sama ada dengan menggunakan muzik atau tidak dalam latihan, bersenjata atau tidak, bercorak silat pulut, pukulan atau mempunyai latihan jasmani secara body-contact atau tidak insentif dalam latihan.

Dari pendapat umum melalui perbualan dan ucapan-ucapan rasmi para menteri dan pembesar Negara di majlis-majlis mengenai silat menyatakan perlunya ditubuhkan satu badan yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal silat. Silat Melayu boleh mencapai taraf antarabangsa sekiranya ada usaha bersama dari persatuan-persatuan silat Melayu. Selama ini silat berjaya menawan golongan yang dianggap hampas masyarakat atau belia yang rosak jiwa atau liar yang sukar lentur meninggalkan tabiat-tabiat yang tercela seperti gejala sosial. Silat dapat mendidik jiwa anak-anak muda.

Daripada jumlah keanggotaan silat pada ketika itu sudah cukup kuat untuk membangunkan semangat berdikari di bidang ekonomi yang kukuh. Silat harus bersikap bertanggungjawab mengukuhkan keselamatan dalaman Negara dengan menyekat pengaruh negatif atau musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memecahkan perpaduan Negara, menjatuhkan maruah bangsa, agama dan Negara. Penubuhan Majlis Seni Silat Malaysia adalah bertujuan ke arah menentukan perlaksanaan dasar dan penyelarasan silat melalui satu badan gabungan yang menjaga serta mengawal kepentingan silat. Di samping mewujudkan satu keadaan yang sihat di kalangan kepelbagaian jenis dan sifat silat.


PENUBUHAN PESAKA MALAYSIA
Hasrat menubuhkan Majlis Seni Silat Malaysia telah diketepikan dan ditukarkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Pertukaran nama tersebut adalah kesan pengaruh penubuhan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 24hb. September 1979 yang mengiktiraf Malaysia sebagai anggota pendiri PERSILAT di mana Malaysia, Singapura, dan Brunei merupakan Negara yang banyak terdapat aliran pencak silat yang mempunyai asal usul dan badan induk di Indonesia.

Bagaimanapun Malaysia tetap dianggap sebagai Negara pewaris silat. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia) telah ditubuhkan pada 24hb. September 1983 dan disahkan pendaftarannya pada 21hb. Mei 1986. Tujuannya secara ringkas ialah untuk membangunkan,
meningkatkan, menyatu-padukan dan mengeratkan hubungan semua badan silat, memperjuangkan, memelihara dan mempertahankan silat sebagai seni budaya Malaysia.

Memimpin dan menanamkan semangat waja ke arah masyarakat yang sihat, bersatu, bermuafakat dan berbudi luhur. Mewakili perguruan silat dengan kerajaan, badan-badan antarabangsa yang bersangkut paut dengan kepentingan silat. Matlamat ialah silat sebagai keagungan dan asas ketahanan nasional yang kukuh dengan ahli-ahlinya yang bermaruah, bersatu padu, sihat dan berdisiplin. Silat telah disatukan di bawah satu organisasi peringkat kebangsaan dengan empat perguruan diiktiraf sebagai badan pendiri iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Cekak Malaysia dan Seni Silat Lincah Malaysia. Silat yang berada di peringkat negeri menjadi ahli PESAKA Negeri.

Atas sebab di Malaysia terdapat banyak aliran perguruan jenis pencak silat yang mempunyai badan induk di Indonesia, maka PESAKA Malaysia dengan rasminya diiktiraf sebagai menganggotai pendiri Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) yang berdaftar pada ditubuhkan 11hb. Mac 1980 di Jakarta Indonesia. Aktiviti Silat telah dibahagikan kepada 3 bidang yang masing masing mempunyai tujuan dan kumpulan sasar yang ada perbezaannya.


SILAT BERUNSURKAN BUDAYA
Memperkenalkan budaya silat di Malaysia ini kepada Antarabangsa. Di peringkat Negara silat dikembangkan ke segenap lapisan masyarakat sesuai dengan falsafah Malaysia Berbudaya. Mengekal dan menerapkan unsur unsur silat kepada pendukung aktiviti khususnya golongan belia bermula dari remaja sehinggalah dewasa dalam usaha membina masyarakat progresif.

Silat Berunsurkan Rekreasi
Merupakan satu aktiviti riadah dan juga kecergasan sesuai dengan falsafah Malaysia cergas. Silat ditonjolkan sebagai aktiviti masa lapang di samping bermotifkan unsur-unsur beladiri. Silat Berunsurkan Pertandingan Menjadikan aktiviti pencak silat dalam bentuk pertandingan seperti Silat Olahraga dan Silat Seni di peringkat Negara serta Antarabangsa. Antara pertandingan sukan di Arena Antarabangsa ialah Sukan SEA dan akan direalisasikan Pertandingan Pencak Silat di Sukan Asia.

Silat Sebagai “Warisan Negara” YAB Dato´ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan, selaku Pemangku Presiden PESAKA merangkap Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 2006, telah berjaya mengadakan Konvensyen Silat Kebangsaan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 & 4 hb Disember 2006. Hampir 2,000 warga silat hadir menyertai program tersebut. Ketika itulah, silat telah diwartakan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim sebagai “WARISAN NEGARA”.
Creeper Creative Sdn. Bhd.


Ingin keluar dari zon selesa membuatkan Mohd Fadzil Arifin menceburi bidang bisnes, sebelum ini kerjayanya adalah dalam bidang  grafik, namun sejak tahun 2008 dia membuka syarikat menghasilkan tempahan pakaian seragam dan kemeja korporat  jenamanya sendiri.

Kini ketua pegawai eksekutif (CEO)  Creeper Creative Sdn.Bhd yang berwawasan tinggi ini mahu memartabat dan memperkenalkan jenama kemeja korperat buatan Bumiputera di pasaran global.

“Keputusan saya beralih bidang kerjaya ini adalah untuk melihat sama ada saya boleh berubah daripada makan gaji ke satu bidang di mana saya mengeluarkan gaji kepada orang lain dan saya menentukan nasib saya sendiri. Begitu juga arah tuju bisnes atau mana-mana organisasi yang saya pandu.”

“Semasa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, bermacam pekerjaan saya buat, dari membantu rakan buat majlis korperat hinggalah kerja printing dan pengiklanan saya lakukan. Jadi sebagai usahawan saya sendiri menyahut cabaran tersebut keluar dari zon selesa cuba membina kerjaya selain membuat perbezaan dalam masyarakat,” Katanya. Jelas anak Felda Jengka 8 ini, keputusan berhenti kerja sebagai pereka grafik adalah tepat dan memulakan perniagaan dari bawah secara keci-kecilan, malah keputusan yang dibuat memenuhi cita dan naluri kehendaknya.

“Saya nampak satu produk yang boleh buat orang percaya dan berkualiti malah yakin dengan rekaan saya buat orang selesa memakainya. Jadi apabila saya menceburi bidang ini saya mendapati ada potensi bukan sahaja tahan lama di pasaran tetapi potensi berkembang lebih dari yang ada sekarang, itu yang membuatkan saya berani mencebur dalam bisnes ini,” katanya.

CCSB adalah syarikat bumiputera, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008 dengan bantuan modal dari Fama dan modal sendiri tanpa pinjaman bank. Syarikat ini menghasilkan pelbagai jenis uniform berkualiti dengan gaya rekaan  terkini yang selesa dipakai, termasuk reka bentuk kemeja korporat dan cenderahati untuk tempahan.   

TEMBUSI PASARAN GOBAL
Jelas pemuda yang berusia 33 tahun ini, syarikatnya mementingkan penjagaan mutu material kain dan jahitan yang kemas adalah berlainan dengan syarikat yang menghasilkan baju  yang sama termasuk dari segi rekaan. Sebab itu jenama syarikat miliknya dapat tembusi pasaran global.

“Sejak menceburi bidang bisnes ini, jenama saya telah menembusi pasaran antarabangsa seperti London, Perancis, Brunie, Singapura, Mesir dan Dubai. Saya juga ada menerima tempahan dari syarikat korporat tempatan.” 

“Baju ini saya reka sendiri fesyen dan bentuknya, kualiti mutu memang terjamin, saya juga sering mendapat maklum balas daripada pelanggan, apabila ada masalah memang saya periksa dari segi kualiti dan saya bantu mereka.”

“Bagi yang pernah menempah pakaian seragam atau kemeja korporat dengan syarikat ini mereka akan puas hati dengan perkhidmatan saya, malah saya adalah antara perintis yang terawal menggunakan pentas website untuk memperkenalkan keluaran jenama syarikat ini di mata dunia,” katanya.

Menurut Fadzil lagi, dia sangat menitik beratkan hunbungan baiknya dengan pelanggan. Hubungan baik dengan pelanggan adalah sangat penting ketika memberi khidmat terbaik kepada mereka.

“Apabila melihat pelanggan menghargai apa yang kita berikan, ia bagaikan satu kepuasan untuk diri saya kerana saya menghargai permintaan mereka.” Tambahnya, perniagaan menggunakan website ini telah menonjolkan nama syarikatnya,malah tidak menggunakan wang yang banyak untuk menaikkan nama syarikat. Cukuplah sekadar kemudahan internet untuk mempopularkan produk yang ingin dijual.

“Ada orang selesa berniaga secara terus dengan pelanggan, ada juga peniaga yang gemar berurusan melalui internet, kedua-duanya menguntungkan dan terserah cara anda untuk memilihnya, melalui internet memberi seribu peluang kepada sesiapa yang tahu akan kebaikan dan sebaliknya,” katanya bahawa syarikat miliknya termasuk antara senarai carian popular untuk tempahan kemeja korporat termasuk untuk pasaran global.


PERSAINGAN DAN CABARAN 
Fadzil mengakui untuk menghasil dan memasarkan produk jenamanya dia menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang paling getir adalah mendapatkan kepercayaan orang menggunakan jenama Bumiputera yang berkualiti, ini kerana ramai yang menyamakan harga yang tinggi dengan syarikat bukan bumiputera dan jenama saya ini adalah mampu milik dan tahan lama.

“Proses menghasilkan rekaan pakaian terbaru juga adalah satu cabaran yang perlu dihadapi kerana terpaksa bersaing dengan syarikat lain, kerana setiap rekaan yang saya buat pasti ada yang meniru dan menawarkan  pada harga yang lebih rendah tanpa jaminan kualiti. Cabaran lain adalah terus memberi khidmat serta tindakan susulan walaupun pelanggan kami semakin ramai,” ujarnya yang merupakan pemegang Ijazah Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia Skudai ini.

“Cabaran kedua, adalah menyakinkan dan mendidik pelanggan agar jangan ambil jalan pintas untuk menempah produk yang murah jika tidak tahu kualitinya nanti kita sendiri yang rugi,”



TERUS BERJUANG
Selaku pemilik syarikat CCSB, Fadzil merangka satu strategi untuk memastikan kelangsungan operasi perniagaannya bertahan lama. “Semasa memulakan perniagaan, saya masih mula merangkak dan banyak lagi perlu belajar untuk terus maju. Namun kini, saya memastikan perancangan perniagaan dibuat dengan teliti, memberikan jangkaan sejauh mana nak pergi dan lebih berhati-hati dalam membuat segala keputusan,” ujarnya.

Siapa sangka anak kampung berasal dari Pahang ini mampu mengemudi perniagaan sendiri.Ada teladan yang boleh dipelari daripada cerita pemuda ini sudah tentu tiada siapa yang boleh mengubah nasib seseorang melainkan diri mereka sendiri yang mampu mengubahnya.

“Harapan saya adalah kumpulan yang bekerjasama dengan saya berjaya, saya mahu melihat mereka yang berkolaborasi dengan saya berjaya, apabila berjaya mereka boleh menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat. Anak muda perlu beringat untuk berjaya perlu bertungkus lumus dengan bidang yang mereka buat, jangan mudah putus asa,” katanya lagi.
Tidak Pernah Rugi Berbuat Baik Kerana Kebaikan 
Yang Dilakukan


Tidak pernah rugi berbuat baik kerana kebaikan yang dilakukan, pasti akan membuahkan sesuatu yang berhasil pada diri. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, itulah boleh disimpulkan mengenai Intan Mazrosheilawati Mat Zain, yang baru dilantik sebagai Ketua Belia Wanis pada November lepas bagi melicinkan perjalanan aktiviti kemasyarakatan di cawangan Subang.

Bertugas sebagai Ketua setiausaha di syarikat swasta,wanita berusia 35 tahun lulusan Universiti Teknologi Mara ini tidak menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan untuk menjauhi aktiviti khidmat masyarakat dan ironinya, dia bukanlah asing dalam bidang ini dan merasakan satu kepuasan apabila dapat melakukan kerja amal. Katanya, kerja amal dan kebajikan adalah sebahagian semangatnya untuk mengenal nilai dan mengajar erti kehidupan.

“Penglibatan saya sebagai sukarelawan bermula dengan kumpulan Belia 4B apabila ditugaskan  menguruskan aktiviti sukan bola jaring untuk Negeri Selangor, saya menguruskan segala apa yang diperlukan dan saya suka melakukanya, ia satu pengalaman yang menarik."

“Dari situ, minat  untuk terlibat sebagai sukarelawan semakin bertambah, sejak melibatkan diri ramai kawan telah saya tarik untuk menyertai program seperti ini dan bukanlah niat saya mencari nama atau mengharapkan apa-apa,  saya mahu  melihat ramai generasi muda menjadi sukarelawan,” katanya ketika ditemui di Kota Damansara baru-baru ini.


Belia wanis mula ditubuhkan pada tahun 2005 bagi menjalankan aktiviti dalam bidang kebudayaan, kerohanian, kerja amal dan program pembangunan komuniti setempat. Selain itu, aktiviti yang ada dapat membina peribadi dan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negetif di kalangan belia.

Minat yang mendalam dorong saya terlibat dengan aktiviti sukarelawan sejak di bangku sekolah. Saya berasa puas hati apabila terlibat sama dalam menyertai kerja amal. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memang banyak kebenaran dan hanya akan dirasai apabila golongan bertuah meletakan diri mereka dalam keadaan daif yang dilalui pihak tidak bernasib baik. 

Intan berkata, pengalaman melakukan kerja amal banyak mendedahkan beliau kepada kesengsaraan dilalui masyarakat di negara ini pernah dilanda bencana dan taraf kemiskinan tegar Bandar, pengajaran dari itu membuatkan dia mensyukuri nilai kehidupan. 

 Menurutnya, kudrat  yang ada akan akan digerakan ke arah memberi satu kehidupan baru untuk golongan berkenaan supaya mereka tidak  putus harapan walaupun menghadapi kesusahan, masih ada pihak sedia menghulur bantuan. Tidak dinafikan usaha murnia itu tidak semudah disangka apatah lagi untuk mengajak orang lain terbabit sama memandangkan kerja amal bukan satu tugas menarik, bagaimanapun perlu ada untuk menuntut fardu kifayah. Memang ada cabarannya, apabila kita ajak bantu mangsa banjir di Kelantan tahun lepas, ada sesetengah dari mereka memberi alasan sibuk bekerja dan tidak berminat untuk melakukan aktiviti sukarelawan. Contohnya, selepas berlaku banjir penduduk di Kelantan terpaksa tidur di khemah dan penempatan sementara di sekolah di mana tidak mencukupi keperluan asas seperti makanan dan pakaian. Dari situ, minat  untuk terlibat sebagai sukarelawan semakin bertambah, sejak melibatkan diri ramai kawan telah saya tarik untuk menyertai program seperti ini dan bukanlah niat saya mencari nama atau mengharapkan apa-apa, saya mahu melihat ramai generasi muda menjadi sukarelawan.
"Sebab itu saya kata, jika kita tidak duduk bersama mereka lalui apa yang mereka harungi setiap hari , sampai bila kita tidak tahu rasa peritnya. Tetapi apabila sudah merasa perasaan itu terus menghantui dan dari situ hasrat untuk membantu sentiasa ada,” ujarnya.

Intan berkata, penolakan kata-kata negetif itu tidak pernah melunturkan perasaan untuk membantu kerana hatinya yakin masih ada pihak yang masih sudi berkongsi misi dan visi yang diperjuangkan Belia Wanis. 

Bagi Intan, kerja amal yang dilakukan bukan sesuatu untuk dibanggakan, tetapi dia percaya setiap kebaikan dilakukan pasti ada ganjaranya sebagai pembuka jalan menyumbang bakti dengan cara membantu masyarakat tanpa mengira jurang dan kaum merasai kehidupan yang lebih bermakna. 

Melahirkan sukarelawan berkemahiran dan sistematik mengenai perancangan akan datang, Intan berkata, visi Skuad sukarelawan Belia Wanis mampu memberi kesan bermakna dan memenuhi harapan generasi muda untuk bergiat aktif kegiatan amal  dilaksanakan dengan lebih kemahiran dan sistematik. Menurutnya, Belia Wanis yang mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat akan menjadi satu kumpulan yang boleh menyumbang tenaga, kemahiran serta mampu memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berdasarkan kepakaran dimiliki. Visi utama Belia Wanis adalah untuk menanam semangat sukarelawan yang lebih efektif kepada generasi muda supaya dapat melaksanakan kerja amal dengan lebih teratur serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Menjadi harapan Belia Wanis mencapai objektifnya dan mampu membina pasukan berkebolehan di dalam melaksanakan kerja khidmat sosial tanpa mengira tempat mereka berada kerana keahlianya terbuka kepada semua golongan,” katanya.

Intan memberitahu, beberapa bengkel bakal diadakan untuk memberi pendedahan kepada ukarelawan yang disertai lebih 50 orang, mengenai tanggungjawab serta tugas-tugas yang bakal dilakukan mereka. Mereka perlu didedahkan dengan latihan komprehensif dalam membentuk sebuah pasukan yang berkualiti. Antara bengkel yang bakal diadakan ialah kempen kesedaran kanser, pengenalan asas pertolongan cemas & CPR.

Bengkel itu memberi pengiktirafan kepada bakal sukarelawan menjalankan kerja-kerja amal kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya. Usaha menambah bilangan anggota sukarelawan perlu dipergiatkan bagi membantu insan yang memerlukan di negeri ini. Selain itu, besar harapan agar menjadi sukarelawan dapat dipupuk dalam masyarakat negara ini, sekali gus mengikuti budaya masyarakat di negara maju yang banyak terlibat dengan aktiviti sukarelawan tanpa mengira usia.
Aman Palestin Berhad


Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 68 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. 

Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.  

Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu kemanusiaan, persaudaraan dan kesucian Baitul Maqdis. Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. PENGENALAN Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. 

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. 

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.

OBJEKTIF 
Antara matlamat utama ialah:
• Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
• Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
• Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara.
• Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.
• Merancang aktiviti secara bersepadu.
• Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.
• Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

KERJASAMA 
Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya. Alhamdulillah, Aman Palestin memanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang ulung membantu rakyat Palestin secara langsung dari bumi bertuah Malaysia. 

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira dari apa jua latar belakang dan pangkat kerana bersama-sama Aman Palestin dalam membantu saudara-saudara di Palestin dalam bentuk kewangan dan juga tenaga. Kini, dengan pembukaan pejabat Aman Palestin cawangan Gaza, banyak projek yang telah berjaya dilaksanakan di dalam Palestin mengikut perancangan yang telah ditetapkan, sama ada projek bermusim atau projek berterusan. Di sini Aman Palestin memaparkan sebahagian daripada projek-projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, bagi menjadikan bukti dan tanda usaha gigih rakyat Malaysia dalam membantu membangunkan semula impian masyarakat Palestin memiliki semula negara mereka yang dijajah oleh Zionis Israel. 

Kepada dermawan/ushawan/badan korporat dan kepada sesiapa yang berminat, dipelawa untuk mengambil beberapa projek yang difikirkan sesuai untuk menjadikannya sebagai projek berkembar antara Malaysia dan Palestin. Besar harapan kami juga agar semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama dalam apa jua bentuk bagi memastikan program ini mencapai tujuannya. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang digembeleng bersama ini akan dikira Allah sebagai amal soleh, menjadi manfaat buat umat Islam seluruhnya. 

Membantu saudara-saudara kita di Palestin, mengimarahkan bumi Palestin, menjaga kesuciannya adalah satu kewajipan dan bantuan yang dihulurkan adalah salah satu kaedah mempertahankan bumi Palestin dari bumi Malaysia yang jauh lebih dari 8000 KM.


NGO MALAYSIA PERTAMA MEMASUKI YARMUK
31 Januari 2014 - Misi Kemanusiaan Aman Palestin bersama 3 buah negara lain, berjaya memasuki Syria dengan selamatnya pada Khamis 30 Januari 2014 semalam . Malaysia mewakili 5 anggota 2 dari Aman Palestin di Ketuai oleh Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab dan CEO Awang Suffian Awang Piut dan 3 pengamal media.

Manakala 3 yang lain, Holland, Belgium dan Australia. Aman Palestin membawa bantuan sejumlah USD50 ribu susulan dari bantuan sebelum ini yang kesemuanya berjumlah lebih RM300,000.00. 

Disamping 2 beg besar dan 2 kotak berisi pakaian sejuk dan selimut untuk diagih-agihkan kepada rakyat Palestin dan Syria yang amat memerlukan bantuan saudara-saudaranya di Malaysia.Misi akan berada disana dari 30 Januari hingga 5 Februari. Semalam, rombongan singgah di perkhemahan Yarmuk yang terkepung terdapat lebih dari 20 ribu rakyat Syria dan Palestin didalam perkhemaha tersebut dan matlamat utama misi ini adalah mengagihkan bantuan ke perkemahan Yarmuk yang sengaja di kepung agar bantuan tidak dapat masuk, akan tetapi tekanan antarabangsa dan juga misi-misi kemanusiaan yang lain berjaya membuka ruang kepada bantuan untuk masuk ke dalam perkemahan tersebut.

Walaupun rombongan masih belum berjaya memasuki perkemahan tersebut semalam, kami telah pun berada di gigi dan pintu masuk perkemahan yang hampir hancur keseluruhannya, itu gambaran dari luar belum lagi didalam, saudara-saudara mereka hanya boleh dan mampu melihat dari jauh keluarga mereka di dalam perkemahan tersebut, meminta-minta pada askar yang menjaga diluar agar membenarkan mereka masuk kedalam untuk membawa keluar saudara mereka terutama kanak-kanak dan orang tua, banyangkan tidak sampai 1 kilometer lambakan buah-buahan sayur sayuran dan segala makanan boleh didapati diluar perkemahan Yarmuk, tapi subhanallah mereka benar-benar terkepung.

1 Februari 2014 - Terima kasih rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada Aman Palestin untuk membantu meringankan saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk yang terkepung.


Semalam 31 Januari 2014 bersamaan hari Jumaat, kesemua anggota rombongan dari Malaysia seramai 5 orang berjaya masuk ke dalam perkhemahan Yarmuk yang terkepung.

Subhanallah, tidak ada ungkapan dan perkataan yang boleh di gambarkan... kecuali airmata dan kesedihan apabila mula melalui perkhemahan tersebut, kiri kanan bangunan hancur sehancur-hancurnya, apabila sampai ke hampir kawasan bantuan alangkah sedihnya melihat saudara-saudara kita meraung-raung dan meminta-minta mengharapkan untuk dibantu, maafkan kami sauidara-saudara ku di Yarmuk, kami hanya boleh berkongsi kesedihan kalian dengan sedikit bantuan.

Lebih 20 ribu mangsa keganasan di kem Yarmuk masih berada didalam kem tersebut, yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak dan ibu dan orang tua yang tidak makan selama 3 hari. Hulurkanlah bantuan buat saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk, sampaikanlah kepada orang lain.