Tidak Pernah Rugi Berbuat Baik Kerana Kebaikan 
Yang Dilakukan


Tidak pernah rugi berbuat baik kerana kebaikan yang dilakukan, pasti akan membuahkan sesuatu yang berhasil pada diri. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali, itulah boleh disimpulkan mengenai Intan Mazrosheilawati Mat Zain, yang baru dilantik sebagai Ketua Belia Wanis pada November lepas bagi melicinkan perjalanan aktiviti kemasyarakatan di cawangan Subang.

Bertugas sebagai Ketua setiausaha di syarikat swasta,wanita berusia 35 tahun lulusan Universiti Teknologi Mara ini tidak menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan untuk menjauhi aktiviti khidmat masyarakat dan ironinya, dia bukanlah asing dalam bidang ini dan merasakan satu kepuasan apabila dapat melakukan kerja amal. Katanya, kerja amal dan kebajikan adalah sebahagian semangatnya untuk mengenal nilai dan mengajar erti kehidupan.

“Penglibatan saya sebagai sukarelawan bermula dengan kumpulan Belia 4B apabila ditugaskan  menguruskan aktiviti sukan bola jaring untuk Negeri Selangor, saya menguruskan segala apa yang diperlukan dan saya suka melakukanya, ia satu pengalaman yang menarik."

“Dari situ, minat  untuk terlibat sebagai sukarelawan semakin bertambah, sejak melibatkan diri ramai kawan telah saya tarik untuk menyertai program seperti ini dan bukanlah niat saya mencari nama atau mengharapkan apa-apa,  saya mahu  melihat ramai generasi muda menjadi sukarelawan,” katanya ketika ditemui di Kota Damansara baru-baru ini.


Belia wanis mula ditubuhkan pada tahun 2005 bagi menjalankan aktiviti dalam bidang kebudayaan, kerohanian, kerja amal dan program pembangunan komuniti setempat. Selain itu, aktiviti yang ada dapat membina peribadi dan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negetif di kalangan belia.

Minat yang mendalam dorong saya terlibat dengan aktiviti sukarelawan sejak di bangku sekolah. Saya berasa puas hati apabila terlibat sama dalam menyertai kerja amal. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Memang banyak kebenaran dan hanya akan dirasai apabila golongan bertuah meletakan diri mereka dalam keadaan daif yang dilalui pihak tidak bernasib baik. 

Intan berkata, pengalaman melakukan kerja amal banyak mendedahkan beliau kepada kesengsaraan dilalui masyarakat di negara ini pernah dilanda bencana dan taraf kemiskinan tegar Bandar, pengajaran dari itu membuatkan dia mensyukuri nilai kehidupan. 

 Menurutnya, kudrat  yang ada akan akan digerakan ke arah memberi satu kehidupan baru untuk golongan berkenaan supaya mereka tidak  putus harapan walaupun menghadapi kesusahan, masih ada pihak sedia menghulur bantuan. Tidak dinafikan usaha murnia itu tidak semudah disangka apatah lagi untuk mengajak orang lain terbabit sama memandangkan kerja amal bukan satu tugas menarik, bagaimanapun perlu ada untuk menuntut fardu kifayah. Memang ada cabarannya, apabila kita ajak bantu mangsa banjir di Kelantan tahun lepas, ada sesetengah dari mereka memberi alasan sibuk bekerja dan tidak berminat untuk melakukan aktiviti sukarelawan. Contohnya, selepas berlaku banjir penduduk di Kelantan terpaksa tidur di khemah dan penempatan sementara di sekolah di mana tidak mencukupi keperluan asas seperti makanan dan pakaian. Dari situ, minat  untuk terlibat sebagai sukarelawan semakin bertambah, sejak melibatkan diri ramai kawan telah saya tarik untuk menyertai program seperti ini dan bukanlah niat saya mencari nama atau mengharapkan apa-apa, saya mahu melihat ramai generasi muda menjadi sukarelawan.
"Sebab itu saya kata, jika kita tidak duduk bersama mereka lalui apa yang mereka harungi setiap hari , sampai bila kita tidak tahu rasa peritnya. Tetapi apabila sudah merasa perasaan itu terus menghantui dan dari situ hasrat untuk membantu sentiasa ada,” ujarnya.

Intan berkata, penolakan kata-kata negetif itu tidak pernah melunturkan perasaan untuk membantu kerana hatinya yakin masih ada pihak yang masih sudi berkongsi misi dan visi yang diperjuangkan Belia Wanis. 

Bagi Intan, kerja amal yang dilakukan bukan sesuatu untuk dibanggakan, tetapi dia percaya setiap kebaikan dilakukan pasti ada ganjaranya sebagai pembuka jalan menyumbang bakti dengan cara membantu masyarakat tanpa mengira jurang dan kaum merasai kehidupan yang lebih bermakna. 

Melahirkan sukarelawan berkemahiran dan sistematik mengenai perancangan akan datang, Intan berkata, visi Skuad sukarelawan Belia Wanis mampu memberi kesan bermakna dan memenuhi harapan generasi muda untuk bergiat aktif kegiatan amal  dilaksanakan dengan lebih kemahiran dan sistematik. Menurutnya, Belia Wanis yang mensasarkan pelbagai lapisan masyarakat akan menjadi satu kumpulan yang boleh menyumbang tenaga, kemahiran serta mampu memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berdasarkan kepakaran dimiliki. Visi utama Belia Wanis adalah untuk menanam semangat sukarelawan yang lebih efektif kepada generasi muda supaya dapat melaksanakan kerja amal dengan lebih teratur serta mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Menjadi harapan Belia Wanis mencapai objektifnya dan mampu membina pasukan berkebolehan di dalam melaksanakan kerja khidmat sosial tanpa mengira tempat mereka berada kerana keahlianya terbuka kepada semua golongan,” katanya.

Intan memberitahu, beberapa bengkel bakal diadakan untuk memberi pendedahan kepada ukarelawan yang disertai lebih 50 orang, mengenai tanggungjawab serta tugas-tugas yang bakal dilakukan mereka. Mereka perlu didedahkan dengan latihan komprehensif dalam membentuk sebuah pasukan yang berkualiti. Antara bengkel yang bakal diadakan ialah kempen kesedaran kanser, pengenalan asas pertolongan cemas & CPR.

Bengkel itu memberi pengiktirafan kepada bakal sukarelawan menjalankan kerja-kerja amal kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya. Usaha menambah bilangan anggota sukarelawan perlu dipergiatkan bagi membantu insan yang memerlukan di negeri ini. Selain itu, besar harapan agar menjadi sukarelawan dapat dipupuk dalam masyarakat negara ini, sekali gus mengikuti budaya masyarakat di negara maju yang banyak terlibat dengan aktiviti sukarelawan tanpa mengira usia.