Aman Palestin Berhad


Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 68 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. 

Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.  

Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu kemanusiaan, persaudaraan dan kesucian Baitul Maqdis. Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. PENGENALAN Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. 

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. 

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.


Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan.

OBJEKTIF 
Antara matlamat utama ialah:
• Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
• Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
• Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara.
• Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.
• Merancang aktiviti secara bersepadu.
• Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.
• Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

KERJASAMA 
Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya. Alhamdulillah, Aman Palestin memanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang ulung membantu rakyat Palestin secara langsung dari bumi bertuah Malaysia. 

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira dari apa jua latar belakang dan pangkat kerana bersama-sama Aman Palestin dalam membantu saudara-saudara di Palestin dalam bentuk kewangan dan juga tenaga. Kini, dengan pembukaan pejabat Aman Palestin cawangan Gaza, banyak projek yang telah berjaya dilaksanakan di dalam Palestin mengikut perancangan yang telah ditetapkan, sama ada projek bermusim atau projek berterusan. Di sini Aman Palestin memaparkan sebahagian daripada projek-projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, bagi menjadikan bukti dan tanda usaha gigih rakyat Malaysia dalam membantu membangunkan semula impian masyarakat Palestin memiliki semula negara mereka yang dijajah oleh Zionis Israel. 

Kepada dermawan/ushawan/badan korporat dan kepada sesiapa yang berminat, dipelawa untuk mengambil beberapa projek yang difikirkan sesuai untuk menjadikannya sebagai projek berkembar antara Malaysia dan Palestin. Besar harapan kami juga agar semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama dalam apa jua bentuk bagi memastikan program ini mencapai tujuannya. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang digembeleng bersama ini akan dikira Allah sebagai amal soleh, menjadi manfaat buat umat Islam seluruhnya. 

Membantu saudara-saudara kita di Palestin, mengimarahkan bumi Palestin, menjaga kesuciannya adalah satu kewajipan dan bantuan yang dihulurkan adalah salah satu kaedah mempertahankan bumi Palestin dari bumi Malaysia yang jauh lebih dari 8000 KM.


NGO MALAYSIA PERTAMA MEMASUKI YARMUK
31 Januari 2014 - Misi Kemanusiaan Aman Palestin bersama 3 buah negara lain, berjaya memasuki Syria dengan selamatnya pada Khamis 30 Januari 2014 semalam . Malaysia mewakili 5 anggota 2 dari Aman Palestin di Ketuai oleh Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab dan CEO Awang Suffian Awang Piut dan 3 pengamal media.

Manakala 3 yang lain, Holland, Belgium dan Australia. Aman Palestin membawa bantuan sejumlah USD50 ribu susulan dari bantuan sebelum ini yang kesemuanya berjumlah lebih RM300,000.00. 

Disamping 2 beg besar dan 2 kotak berisi pakaian sejuk dan selimut untuk diagih-agihkan kepada rakyat Palestin dan Syria yang amat memerlukan bantuan saudara-saudaranya di Malaysia.Misi akan berada disana dari 30 Januari hingga 5 Februari. Semalam, rombongan singgah di perkhemahan Yarmuk yang terkepung terdapat lebih dari 20 ribu rakyat Syria dan Palestin didalam perkhemaha tersebut dan matlamat utama misi ini adalah mengagihkan bantuan ke perkemahan Yarmuk yang sengaja di kepung agar bantuan tidak dapat masuk, akan tetapi tekanan antarabangsa dan juga misi-misi kemanusiaan yang lain berjaya membuka ruang kepada bantuan untuk masuk ke dalam perkemahan tersebut.

Walaupun rombongan masih belum berjaya memasuki perkemahan tersebut semalam, kami telah pun berada di gigi dan pintu masuk perkemahan yang hampir hancur keseluruhannya, itu gambaran dari luar belum lagi didalam, saudara-saudara mereka hanya boleh dan mampu melihat dari jauh keluarga mereka di dalam perkemahan tersebut, meminta-minta pada askar yang menjaga diluar agar membenarkan mereka masuk kedalam untuk membawa keluar saudara mereka terutama kanak-kanak dan orang tua, banyangkan tidak sampai 1 kilometer lambakan buah-buahan sayur sayuran dan segala makanan boleh didapati diluar perkemahan Yarmuk, tapi subhanallah mereka benar-benar terkepung.

1 Februari 2014 - Terima kasih rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada Aman Palestin untuk membantu meringankan saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk yang terkepung.


Semalam 31 Januari 2014 bersamaan hari Jumaat, kesemua anggota rombongan dari Malaysia seramai 5 orang berjaya masuk ke dalam perkhemahan Yarmuk yang terkepung.

Subhanallah, tidak ada ungkapan dan perkataan yang boleh di gambarkan... kecuali airmata dan kesedihan apabila mula melalui perkhemahan tersebut, kiri kanan bangunan hancur sehancur-hancurnya, apabila sampai ke hampir kawasan bantuan alangkah sedihnya melihat saudara-saudara kita meraung-raung dan meminta-minta mengharapkan untuk dibantu, maafkan kami sauidara-saudara ku di Yarmuk, kami hanya boleh berkongsi kesedihan kalian dengan sedikit bantuan.

Lebih 20 ribu mangsa keganasan di kem Yarmuk masih berada didalam kem tersebut, yang lebih menyedihkan ialah kanak-kanak dan ibu dan orang tua yang tidak makan selama 3 hari. Hulurkanlah bantuan buat saudara-saudara kita di Syria terutama di perkhemahan Yarmuk, sampaikanlah kepada orang lain.